Tuduhan rasuah Gloria_Macapagal-Arroyo

Pendakwa Raya Kerajaan Filipina memfailkan caj pendakwaan terhadap Arroyo dan sembilan bekas pegawai lain atas tuduhan penyalahgunaan 365 juta Peso (AS$8.7 juta) dalam dana loteri negeri.Mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang Arroyo meninggalkan Filipina.

Pada 25 Julai 2012, Mahkamah Filipina membenarkan Arroyo diikat jamin atas tuduhan mensabotaj Pilihan raya Filipina . Bagaimanapun, beliau tidak akan dibebaskan serta-merta kerana masih menghadapi kes rasuah lain yang belum selesai. Mahkamah Bandaraya Pasay, Felda Domingo menjelaskan Arroyo dibenarkan diikat jamin pada 1 juta Peso (AS$23,250).Presiden Filipina Benigno Aquino III, menyatakan bahawa Arroyo masih berdepan dengan satu lagi tuduhan rasuah yang tidak boleh diikat jamin selepas difailkan di Mahkamah anti rasuah Sandiganbayan.[5]